29vs29.

Kerajaan PH , Tebuk apa?

1.PN kerajaan tebuk atap, itulah ratib puak PH meraban sejak tidak menjadi kerajaan.

2.Apa pula nama kerajaan Perak dan Sabah selepas PRU 14? dan percubaan tukar kerajaan 16 Sep 2008. Adakah itu tindakan demokratik? Mandat rakyat ka? atau rampas mandat rakyat

3.Tindakan PH, Tebuk depan ke tebuk……..

4.Tepat pepatah yang sesuai untuk puak ini.

Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

5.Faktanya kerajaan PH di Perak.

6.DUN Perak ada 59 Kerusi, simple majoriti 30 kerusi untuk tubuh kerajaan.

7.BN menang 27 kerusi, PAS menang 3 kerusi.

8.Campur undi BN dan PAS ada 30 kerusi. Waktu itu belum ada kerjasama lagi.

9.Manakala PH menang 29 kerusi (Dap 18 kerusi, Pan 6 kerusi, PKR 4 kerusi, Bersatu 1 kerusi)

10.Ertinya PH tidak cukup 1 kerusi untuk tubuh kerajaan . Di manakah datang kerusi ini? Cukup ka kerusi melalui mandat rakyat. Tanya ja.

11.Kerusinya datang daripada 2 Adun Umno (YB Norle Mat Razi ( Tualang Sekah) dan YB Zainol Fadzi Paharudin (Sg Manik) yang memberi sokongan pada Yb Pija Azumu untuk menjadi Menteri Besar Perak.

12.Mungkin PH kata oleh kerana PAS dan Umno tidak bekerjasama, sehingga kerajaan tidak boleh dibentuk.Mana boleh negeri tanpa kerajaan? Ini alasan untuk halal tindakan. Masalahnya kalau orang lain, tuduh kerajaan tebuk atap. PH pula, tebuk apa?

13.Samalah juga di Persekutuan, apabila Tun Mahathir meletak jawatan pada 24 Feb 2020, maka perlulah kerajaan dibentuk. Ooo kalau orang lain tebuk atap, PH pula tebuk apa?

14.Begitu juga PH bentuk kerajaan di Sabah.

15.Kerusi DUN Sabah ada 60 kerusi. Hendak tubuh kerajaan perlu 31 kerusi.

16.BN menang 29 kerusi, PH juga menang 29 kerusi (PKR 2, Warisan 21, Dap 6, Star 2)

17.Tiba-tiba 6 Adun BN lompat (4 Umno, 2 UPKO) ke PH. Maka tertubuhlah kerajaan PH di Sabah.

18.Kerajaan apa pula namanya. Tebuk apa?

Idris Hj Ahmad